Rabu, 23 Mac 2022

MESYUARAT AGUNG KALI KE-15 PERSATUAN PENDUDUK TAMAN IXORA, BANDAR BARU SALAK TINGGI, SEPANG, SELANGOR (2008)

 


MESYUARAT AGUNG KALI KE-15 PERSATUAN PENDUDUK TAMAN IXORA, BANDAR BARU SALAK TINGGI, SEPANG, SELANGOR (2008)


Dengan segala hormatnya dimaklumkan mesyuarat tersebut akan diadakan seperti ketetapan berikut:-


Tarikh       : 26 Mac 2022 (Sabtu)

Masa        : 9.30 Pagi (Pendaftaran bermula jam 9.00 Pagi)

Tempat    : Platform Aplikasi ZOOM ONLINE
                                http://agm15.tamanixora.com

2. Agenda mesyuarat tersebut adalah seperti berikut:-

        2.1    Ucapan aluan Pengerusi PPTI Sesi 2020/2021 & Sesi Bergambar

        2.2    Membentang & mengesah Minit Mesyuarat Agung Kali Ke-14

        2.3    Membentang & mengesah Laporan Kewangan PPTI Tahun 2021

        2.4    Membentang & mengesah Laporan Aktiviti PPTI Tahun 2021

        2.5    Perbincangan Cadangan Usul Daripada Ahli PPTI

        2.6    Pembubaran AJK PPTI Sesi 2020/2021

        2.7    Pelantikan AJK PPTI Sesi 2022-2023

        2.8    Ucapan Penangguhan Mesyuarat & Bersurai


3. Kerjasama YBhg. Dato’/Datin/Dr./Tuan/Puan adalah dipohon untuk mengesahkan kehadiran YBhg. Dato’/Datin/Dr./Tuan/Puan ke mesyuarat tersebut melalui pautan hyperlink aplikasi Zoom atau Kod QR yang disertakan. Semua ahli hendaklah menjelaskan bayaran yuran keahlian tahunan sebanyak RM20.00 kepada Bendahari PPTI serta menyerahkan Borang Penyataan Usul kepada Setiausaha sebelum atau pada hari Khamis 24 Mac 2022.

Cabutan bertuah disediakan kepada ahli PPTI yang hadir ke AGM PPTI ke-15 ini

Sekian, terima kasih.

Isnin, 9 Ogos 2021

Salam Maal Hijrah 1443

 


PERSATUAN PENDUDUK TAMAN IXORA (PPTI)

Mengucapkan

SALAM MAAL HIJRAH 1443

1 Muharram 1443 / 10 Ogos 2021

Manhaj Rabbani Ummah Berkualiti

Kejiranan Sayang Ixora

Rabu, 14 April 2021

Selamat Menunaikan Ibadah Ramadan Al-Mubarrak

 


PERSATUAN PENDUDUK TAMAN IXORA (PPTI)

Mengucapkan

SELAMAT MENJALANI IBADAH RAMADAN

Kepada Seluruh Muslimin dan Muslimat

Jumaat, 1 Januari 2021

Selamat Tahun Baharu 2021

 


๐’ฅ๐’ถ๐“Œ๐’ถ๐“‰๐’ถ๐“ƒ๐“€๐“Š๐’ถ๐“ˆ๐’ถ ๐’ซ๐’ซ๐’ฏ๐ผ ๐“‚๐‘’๐“ƒ๐‘”๐“Š๐’ธ๐’ถ๐“…๐“€๐’ถ๐“ƒ

๐•พ๐–Š๐–‘๐–†๐–’๐–†๐–™ ๐•ฟ๐–†๐–๐–š๐–“ ๐•ญ๐–†๐–๐–†๐–—๐–š 2020

๐“ข๐“ฎ๐“ถ๐“ธ๐“ฐ๐“ช ๐“š๐“ฎ๐“ณ๐“ฒ๐“ป๐“ช๐“ท๐“ช๐“ท ๐“ฃ๐“ฎ๐“ป๐“พ๐“ผ ๐“”๐“ป๐“ช๐“ฝ & ๐“‘๐“ฎ๐“ป๐“ฝ๐“ช๐“ถ๐“ซ๐“ช๐“ฑ ๐“‘๐“ฎ๐“ป๐“ด๐“ช๐“ฝ

๐“š๐“ฎ๐“ณ๐“ฒ๐“ป๐“ช๐“ท๐“ช๐“ท ๐“ข๐“ช๐”‚๐“ช๐“ท๐“ฐ ๐“˜๐”๐“ธ๐“ป๐“ช. ๐“™๐“ธ๐“ถ ๐““๐“ช๐“ฏ๐“ฝ๐“ช๐“ป ๐“๐“ฑ๐“ต๐“ฒ ๐“Ÿ๐“Ÿ๐“ฃ๐“˜

แดกแดกแดก.แด›แด€แดแด€ษดษชxแดส€แด€.แด„แดแด

Selasa, 8 Disember 2020

Mesyuarat Agung PPTI Kali Ke-13

 

Semua ahli Persatuan Penduduk Taman Ixora dijemput hadir secara dalam talian melalui aplikasi Zoom.

Jumaat, 28 Februari 2020

Sabtu, 9 Mac 2019

Hari Terbuka Persatuan Penduduk Taman Ixora




Persatuan Penduduk Taman Ixora akan mengadakan Hari Terbuka PPTI pada butiran berikut:

Tarikh: 16 Mac 2019 (Sabtu)
Masa: 8.00 Pagi hingga 12.00 Tengahari
Tempat: Surau Balai Islam Taman Ixora

Semua penduduk Taman Ixora dijemput hadir. Pelbagai pengisian program ada disediakan.

Sabtu, 23 Februari 2019

Gotong Royong Cegah Denggi Taman Ixora

Persatuan Penduduk Taman Ixora telah mengadakan program Gotong Royong Perdana Cegah Denggi Taman Ixora pada butiran berikut:

Tarikh: 23 Februari 2019 (Sabtu)
Masa: 8.00 Pagi hingga 11.00 Pagi
Tempat Berkumpul: Surau Balai Islam Taman Ixora

Alhamdulillah, program ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari penduduk Taman Ixora. Program ini diadakan bagi menghapuskan bekas yang boleh menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes.

 

Jumaat, 14 Disember 2018

Mesyuarat Agung PPTI Kali Ke-11

Mesyuarat Agung PPTI Kali Ke-11 telah diadakan pada:

Tarikh: 14 Disember 2018 (Jumaat)
Masa: 9.30 Malam
Tempat: Surau Balai Islam Taman Ixora

Alhamdulillah dan tahniah kepada AJK yang dilantik bagi tempoh 2018/2019.


Ahad, 25 November 2018

Pertandingan Boling Keluarga Ixora 2018

Pertandingan Boling Keluarga Ixora tahun 2018 telah diadakan pada butiran berikut:

Tarikh: 24 November 2018 (Sabtu)
Masa: 2.30 hingga 4.30 petang
Tempat: Dream Bowl, Kompleks Sukan Airport Nilai.

Semua penduduk Taman Ixora dijemput menyertai pertandingan ini. Aktiviti riadah bersama keluarga di musim cuti persekolahan ini.




Jumaat, 9 November 2018

MESYUARAT AGUNG KALI KE-11 PERSATUAN PENDUDUK TAMAN IXORA

Dengan segala hormatnya dimaklumkan mesyuarat tersebut akan diadakan seperti berikut:-

Tarikh: 16 November 2018 (Jumaat) 
Masa: 9.00 Malam 
Tempat: Surau Balai Islam Taman Ixora

Agenda mesyuarat tersebut ialah:-
1. Membentang dan mengesah Minit Mesyuarat Agung Kali Ke-10
2. Membentang Laporan Aktiviti PPTI Tahun 2017
3. Membentang Laporan Kewangan PPTI Tahun 2017
4. Cadangan pindaan Perlembagaan PPTI
5. Perbincangan Cadangan Usul Daripada Ahli
6. Pembubaran AJK PPTI Sesi 2016/2017
7. Pelantikan AJK PPTI Sesi 2018/2019

Kerjasama Y. Bhg. Dato’/Datin/Dr/Tuan/Puan adalah dipohon untuk hadir ke mesyuarat tersebut. Senarai ahli PPTI yang aktif sehingga 30 Oktober 2018 boleh disemak di sini.

Isnin, 14 Mei 2018

Rabu, 2 Mei 2018

Karnival Bizz Wanita Taman Ixora

Semua dijemput hadir.

Ceramah Ambang Ramadhan Surau Ixora

Semua dijemput hadir ulangkaji ibadah puasa kita untuk tahun ini.

Isnin, 1 Januari 2018

Aktiviti Tahun 2017

Aktiviti Tahun 2017

  • Forum Perdana Maulidur Rasul - 7 Januari 2017 (Selesai)
  • Kem Explorasi Ibadah Junior Taman Ixora - 7 Mei 2017 (Selesai)
  • Pertandingan Memancing Taman Ixora - 10 Mei 2017 (Selesai)
  • Mesyuarat Agung PPTI Kali Ke-10 - 12 Mei 2017 (Selesai)
  • Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah - 13 Mei 2017 (Selesai)
  • Pertandingan Badminton Taman Ixora - 13 Mei 2017 (Selesai)
  • Gotong Royong Perdana Taman Ixora - 20 Mei 2017
  • Program Ixora Hidup Sihat - Berjalan 10,000 Langkah
  • Memasak Bubur Lambuk Ramadhan
  • Majlis Khatam Al-Quran
  • Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak Yatim
  • Majlis Hari Raya Aidilfitri Taman Ixora - 22 Julai 2017
  • Majlis Ibadah Qurban
  • Solat Hajat dan Bacaan Yasin Sempena Peperiksaan Utama

Ahad, 21 Mei 2017

Gotong royong perdana Taman Ixora

Alhamdulillah. Penyertaan penduduk Taman Ixora menggalakkan.

Sabtu, 29 April 2017

Majlis Bacaan Yasin Bulanan Surau Balai Islam Taman Ixora

Majlis bacaan yasin dan tahlil bulanan Surau Balai Islam Taman Ixora akan diadakan malam Jumaat ke-4 setiap bulan. Semua penduduk Taman Ixora dijemput hadir.

Warga Ixora yang berhajat untuk mengadakan tahlil kepada ahli keluarga bolehlah berhubung dengan AJK surau. Sumbangan makanan turut dialukan.

Pertandingan badminton muhibbah Taman Ixora

Semua warga Ixora dijemput menyertai pertandingan ini. Penduduk juga boleh hadir memeriahkan acara.

Pertandingan Memancing Taman Ixora

Semua penduduk Taman Ixora dijemput menyertai pertandingan ini. Sila hubungi urusetia untuk pendaftaran.