Selasa, 24 September 2013

Kejadian Cubaan Samun Awal Pagi di Taman Ixora

Pada 23 September 2013, jam 4.00 pagi berlaku satu cubaan samun di Taman Ixora.

Mangsa adalah seorang wanita yang memandu sebuah kereta secara bersendirian selepas pulang dari bekerja pada jam 4.00 pagi melalui Jalan Ixora 1/15, Taman Ixora. Tanpa disedari kenderaan beliau telah diekori dari jarak jauh oleh sebuah kenderaan lain yang dinaiki oleh seorang lelaki dan seorang perempuan.

Apabila memberhentikan kenderaan di kawasan rumah beliau, kenderaan beliau telah dihampiri oleh kenderaan pasangan berkenaan dengan alasan bertanyakan mengenai Taman Ixora, Salak Tinggi dan sebagainya. Mangsa mengesyaki sesuatu perkara buruk akan berlaku apabila lelaki berkenaan cuba mengeluarkan senjata dari dalam kereta. Terkejut dengan tindakan berkenaan, mangsa telah menjerit sekuat hati, menutup pintu kereta, membunyikan hon dan mengunci dari dalam kenderaan.

Menyedari tindakan daripada mangsa berkenaan, pasangan berkenaan mengambil keputusan untuk melarikan diri dengan memecut laju kenderaan keluar dari Taman Ixora.



Tuan Syed (anggota Polis IPD Sepang) yang menyiasat kes berkenaan, telah menghubungi En. Kamil (AJK Surau Balai Islam Taman Ixora) untuk memeriksa rakaman CCTV yang ditempatkan di surau. Hasil pemeriksaan CCTV di surau, kejadian berkenaan berjaya dirakamkan oleh CCTV pada jam 4.00 pagi hingga jam 4.15 pagi. Kenderaan masuk dan keluar berkenaan berjaya dirakamkan. Walaubagaimanapun nombor plat kenderaan berkenaan tidak dapat dikenalpasti kerana kejadian berlaku di sebelah malam ditambah oleh silau lampu.

Persatuan Penduduk Taman Ixora ingin menasihati penduduk Taman Ixora yang pulang bekerja lewat malam supaya berhati-hati dengan memastikan keadaan sekeliling selamat sebelum keluar daripada kenderaan.

2 ulasan:

  1. Cadang supaya Taman Ixora memasang sistem akses kad..hanya kereta yang ada kad sahaja dibenarkan masuk..yang tiada tidak dibenarkan. Mungkin perlu juga Pegawal Keselamatan untuk urusan merekod kereta yang tiada kad(pelawat shaja) untuk urusan pemberian pas.

    BalasPadam
  2. minta pokok2 yang menghalang cctv tu di cantas agar pandangan lebih jelas.

    BalasPadam