Rabu, 3 Julai 2013

Lagi Insiden Kemalangan di Simpang Masuk Taman Ixora


Pada 3 Julai 2013 (Rabu), anggaran jam 7.50 pagi berlaku satu lagi insiden kemalangan di simpang masuk Taman Ixora. Kejadian melibatkan sebuah Perodua Kancil dan sebuah Honda Accord. Insiden kemalangan di simpang ini telah banyak kali berlaku dan penduduk Taman Ixora khasnya dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati apabila melalui simpang berkenaan. Aduan yang dikemukakan kepada Majlis Perbandaran Sepang sebelum ini menyatakan tiada peruntukan untuk membina sebuah lampu isyarat di simpang berkenaan. Semua pihak yang terlibat perlu meneliti perkara ini dengan lebih halus lagi bagi keselamatan semua pihak.

2 ulasan:

  1. Mungkin YB Parlimen Sepang boleh bantu bagi peruntukan untuk pasang trafic light di sini.

    BalasPadam
  2. Insyaallah YB Hanipa Maidin boleh membantu, cuba panjangkan usul ini kpd beliau.. klau nk harap Mat Zin tu, asik sape duit rakyat je..

    BalasPadam