Isnin, 24 Jun 2013

Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Surau Balai Islam Taman Ixora Bil. 1/2013

Mesyuarat Jawatankuasa Surau Balai Islam Taman Ixora Bil. 1/2013 telah diadakan pada 21 Jun 2013 (Khamis), jam 9.30 malam bertempat di Surau Balai Islam Taman Ixora. Berikut adalah beberapa keputusan mesyuarat yang telah dibuat untuk makluman penduduk Taman Ixora:

1. Pengerusi merakamkan terima kasih kepada ahli Jawatankuasa Penaja Surau Balai Islam Taman Ixora yang telah melaksanakan tugas dengan baik dengan mengadakan pelbagai program dan aktiviti keagamaan.

2. Melantik ketua biro seperti berikut:
a) Biro Dakwah : Mohd Salihin Bin Jelani
b) Biro Keceriaan : Salleh Bin Sufian
c) Biro Kebajikan : Sabri Bin Ibrahim
d) Biro Pendidikan : Nazzil Saifuddin Bin Abd Rahim

3. Program Ihya' Ramadhan yang akan dianjurkan oleh surau seperti berikut:
a) Solat terawih (Imam Hafiz akan dilantik) akan diadakan sebanyak 8 rakaat
b) Memasak bubur lambuk pada Sabtu pertama dan kedua
c) Tadarus Al-Quran
d) Qiyamulail 10 malam terakhir Ramadhan (Sahur akan disediakan)
e) Kuliah Subuh setiap Sabtu
f) Tazkirah Ramadhan selepas solat terawih (Jumaat malam Sabtu)
g) Majlis berbuka puasa bersama anak yatim
h) Majlis khatam Al-Quran
i) Majlis berbuka puasa setiap hari di surau

4. Moreh akan diadakan sepanjang malam Ramadhan.

5. Mesyuarat bersetuju peruntukan moreh adalah RM300 dan berbuka puasa RM100.

6. Surau akan mengadakan majlis sambutan Nisfu Sya'ban pada 23 Jun 2013 selepas solat Maghrib di surau.

7. Mesyuarat meluluskan peruntukan sebanyak RM400 (10 X RM40) untuk membeli karpet untuk kegunaan kaum muslimah mengerjakan solat terawih.

8. Mesyuarat bersetuju untuk mengupah Hjh. Noraini sebanyak RM300 sebulan untuk kerja-kerja pembersihan tandas, mengemop lantai, vacum karpet dan menyapu sampah di surau bermula 1 Julai 2013.

9. Gotong royong membersih surau bagi persediaan Ramadhan akan diadakan pada 6 Julai 2013 (Sabtu).

10. Mesyuarat bersetuju untuk menempah tabung-tabung kecil untuk diletakkan di kedai-kedai makan dan sebagainya bagi menjana pendapatan surau.

11. Mesyuarat bersetuju untuk membuat kutipan sumbangan Ramadhan daripada rumah ke rumah di Taman Ixora dengan kadar minimum RM20 bagi menampung kos penganjuran aktiviti sepanjang Ramadhan.

12. Mesyuarat bersetuju untuk menempah papan kenyataan berkunci untuk mempamerkan carta organisasi surau dan hebahan kepada jemaah surau. Papan kenyataan sekarang sering disalahgunakan dan maklumat yang ditampal dirosakkan.

Mesyuarat berakhir jam 11.30 malam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan