Sabtu, 8 Jun 2013

7 Jun 2013 - Genap Setahun Surau Balai Islam Taman Ixora Beroperasi

Tanggal 7 Jun 2013 (Jumaat), genap setahun Surau Balai Islam Taman Ixora beroperasi dengan diadakan sembahyang berjemaah lima waktu, kuliah dan program keagamaan. Alhamdulillah dan terima kasih kepada penduduk yang mengimarahkan surau. 

InsyaAllah pelbagai program keagamaan lagi akan dirancang untuk diadakan di surau oleh Jawatankuasa Surau bagi menarik minat golongan dewasa, remaja dan kanak-kanak ke surau.

Terima kasih juga diucapkan kepada semua pihak termasuk syarikat dan individu perseorangan yang telah menyumbang kewangan bagi mendirikan sebuah surau di Taman Ixora. Terima juga kepada penderma yang aktif menderma ke dalam tabung surau yang digunakan untuk membiayai program kuliah dan keagamaan. Setakat ini tabung kuliah masih dapat menampung aktiviti yang diadakan oleh surau.

JAIS telah mengeluarkan surat pelantikan AJK baru Surau Balai Islam Taman Ixora bagi tempoh 2013 hingga 2016. Semoga AJK yang baru dilantik ini dapat menjalankan tugas yang diamanahkan dengan sebaik mungkin. Senarai AJK yang baru dilantik ada ditampal di papan kenyataan surau. Silalah berkunjung ke surau untuk mendapat informasi terkini mengenai aktiviti dan program yang akan dianjurkan oleh surau.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan