Satu lagi kejadian pecah rumah dan samun telah berlaku di rumah No. 25, Jalan Ixora 1/5, Taman Ixora pada 21 April 2012 (Sabtu), jam 2.30 pagi. Penghuni rumah berkenaan telah diikat oleh tiga(3) orang penyamun. Dilaporkan kehilangan sejumlah harta benda termasuk barang kemas. Kejadian berkenaan telah dilaporkan kepada pihak POLIS yang tiba sejurus kemudian bersama Unit K9 (anjing pengesan). Pihak POLIS telah melakukan serbuan ke kawasan hutan berhampiran. Kejadian berkenaan turut disedari oleh penduduk yang menjalankan rondaan Skim Rondaan Sukarela, Kawasan Rukun Tetangga Taman Ixora. Penduduk yang bertugas pada malam itu turut membantu pihak POLIS semasa kejadian berlaku.
Persatuan Penduduk Taman Ixora mengajak penduduk Taman Ixora supaya sentiasa berhati-hati mengenai soal keselamatan. Sentiasa memastikan rumah berkunci dan berwaspada dengan individu yang berada di sekitar kawasan rumah atau jiran berdekatan. Laporkan kepada pihak POLIS sekiranya terdapat keadaan yang mencurigakan.
aku cadangkan buat je lah komuniti berpagar dan ada sekuriti guard. setakat rukun tetangga tak cukup. kawasan dahlah besar siang ad aorang jaga?
BalasPadamAbang yang budiman....
BalasPadamKalau itulah cadangan yang difikirkan sesuai buat masa kini, saya syorkan agar abang yang budiman berikanlah sebutharganya sekali. Brapakah kos yang diperlukan agar kita boleh fikirkan dan bincangkan. Manalah tahu... kalau ianya bersesuaian, ianya akan dipersetujui bersama.
Ok tak gitu bang.....? berilah costing nya sekali. Kalau setakat cadangan kosong... tak berapa nak best. Itu petik kosong namanya.
Ikhlas daripada;
Warga Prihatin juga....
Mana kehebatan polis yang tinggal di Tmn. Ixora tu? Takkan dia tak boleh bantu? Maksud saya, bukan hendak suruh dia buat kerja yang dia tak berapa nak mampu tetapi proses menyedarkan kita dari segi kepentingan keselamatan. Bukan hanya jual kosong jer.... Pls. help penduduk taman kita ni.....
BalasPadamKRT & SRS hanya boleh membantu untuk program ukhwah kemasyarakatan. Ayuh!!! Warga Ixora... jangan cepat putus asa!!!! Bulat air kerana pembetung, bulat masyarakat kerana muafakat.
-Farouq-
saya cadangkan cara murah iaitu setiap rumah pasang lampu depan dan belakang dan amal surah 3 "kul" waktu subuh, asar dan sebelum tidur. InsyaALLAH akan dilindungi.
BalasPadamPolis juga manusia. Tak terlepas dari bahana. Yg penting sama2. Mana larat sorang jek
BalasPadamMemang pun polis pun manusia..... Kami faham!!!! Dia pun ada tanggungjawab keluarga dan sebagainya TETAPI janganlah SEMBANG KENCANG macam dia tu oltroman, superman, gaban dan sebagainya.
BalasPadamApa2 pun kena ada kerjasama dan sifat rendah diri pada waktu2 tertentu!!!! Nnanti kena batang hidung baru tau.
ye ke. alamak. sapa polis tu. haha. yang penting turun masa bertugas.. tu pun tanggungjawab namanya. tak kira siapa. mari kita turun ( dah selalu turun dan tidak miss pun ) insyaallah
BalasPadamsaya cadang ada kan guard blh jage siang n malam tp setiap rumah di kenakan byran sekurang-kurangnye rm50.00 xkira lah sama ada rmh sndiri/sewa n kita dibekalkan 1 pass kuar/masuk n slide bila kuar dan msuk....tp dgn syarat sekeliling tman di pagar dl....cam tmn saya duk skrg nie....heeeee
BalasPadam