Selasa, 4 Mei 2010

Mesyuarat Penyelarasan Pemenang Pertandingan Taman Perumahan Terbaik 2009

Majlis Perbandaran Sepang telah mengadakan Mesyuarat Penyelarasan Pemenang Pertandingan Taman Perumahan Terbaik 2009 pada butiran berikut:-

Tarikh : 4 Mei 2010 (Selasa)
Masa : 3.00 Petang - 4.00 Petang
Tempat : Bilik Melur, Majlis Perbandaran Sepang
Pengerusi : Yang Dipertua MPSP, En. Azizan Bin Mohamad Sidin

Mesyuarat berkenaan dihadiri oleh Ahli Majlis BBST Selatan, Tuan Titus Gladwyn A/L Sg Gomez, beberapa orang pegawai daripada MPSp dan wakil daripada Persatuan Penduduk Taman Ixora. Persatuan Penduduk Taman Ixora diwakili oleh Pengerusi (Hj. Mohd Noor), Timb. Pengerusi (En. Salihin), Setiausaha (En. Mohd Hasiady), Pen. Setiausaha (En. Zainal) dan 4 orang ahli persatuan.

Diantara agenda mesyuarat adalah:-
1. Ucapan Pengerusi
2. Sesi Perbincangan Cadangan Projek Infra oleh Persatuan Penduduk Taman Ixora
3. Hal-hal Lain
4. Penyerahan "Mock-Up Cheque" Hadiah Taman Perumahan Terbaik 2009
5. Penutup dan Jamuan

Jawatankuasa Persatuan Penduduk Taman Ixora telah mengemukakan cadangan untuk membina gelanggang futsal di Taman Permainan Kanak-Kanak Taman Ixora. Cadangan ini telah dipersetujui di dalam Mesyuarat Jawatankuasa PPTI Bil. 4/2010. Yang diPertua MPSp menerima cadangan daripada penduduk dan akan memberikan maklumbalas dalam waktu terdekat. Beliau turut memaklumkan kos sebenar untuk membina sebuah gelanggang futsal adalah RM50,000.00. Spesifikasi gelanggang adalah bergetah lembut dan berpagar.

Hal-hal lain turut dikemukakan oleh wakil persatuan. Di antara isu yang dikemukakan adalah:-

1. Pengerusi mengemukakan cadangan penurunan kadar cukai pintu di Taman Ixora. Yang Dipertua akan membawa memorandum cadangan penurunan kadar cukai pintu di dalam mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor untuk dibincangkan.

2. En. Zainal mengemukakan cadangan supaya MPSp membina bonggol dan speed breaker di simpang masuk ke Taman Ixora kerana banyak kejadian kemalangan telah berlaku di simpang berkenaan. Yang diPertua akan mengkaji keperluan cadangan berkenaan dalam waktu terdekat.

Persatuan Penduduk Taman Ixora mengucapkan terima kasih kepada Majlis Perbandaran Sepang kerana memilih Taman Ixora sebagai pemenang Pertandingan Taman Perumahan Terbaik Daerah Sepang Tahun 2009. Semoga pengiktirafan yang diberi ini akan menambahkan lagi semangat kejiranan di kalangan penduduk Taman Ixora dengan menjalankan aktiviti kemasyarakatan secara bersama demi kesejahteraan penduduk.

Mesyuarat berakhir pada jam 4.00 petang.

Sila klik di sini untuk melihat gambar.

4 ulasan:

  1. Kepada AJK PPTI dan semua penduduk yg dihormati,

    Sekalung tahniah dan syabas Pak Lang ucapkan kepada semua yg terlibat. Alhamdulillah, Pak Lang sungguh terharu dan berasa bangga menjadi sebahagian dari komuniti ini dan berharap semua penduduk dapat berkongsi bersama2 meraikan kejayaan kita ini. Tidak lupa juga kepada AJK PPTI yg telah banyak memberi sumbangan yg tidak berbelah bagi dan berusaha utk menjayakan apa jua program sepanjang tahun dan diharapkan usaha ini dapat diteruskan pada masa2 yg mendatang.

    Kepada ahli2 persatuan dan penduduk amnya, sekiranya tiada sokongan anda semua, kejayaan ini mustahil utk direalisasikan. Sekali lagi, tahniah dan teruskan usaha!!! Good job!!!

    BalasPadam
  2. YES VERY GOOD JOB....

    BalasPadam
  3. Siap keluar dalam Berita Harian semalam..... Glamour satu Malaysia.... Tahniah PPTI dan Warganya

    BalasPadam
  4. Salam..sy nak kepastian kenapa cukai pintu di taman ixora mendadak mahal compare dgn taman mawar rumah buka 22x75 double storey, cukai pintu setahun hanya rm70 manakala taman ixora setahun rm484.

    BalasPadam