
Tarikh : 2 Mei 2010 (Ahad)
Masa : 9.00 Pagi - 3.00 Petang
Tempat : Dewan Serbaguna Kuarters KLIA
Objektif pertandingan adalah untuk merapatkan hubungan silaturrahim dikalangan penduduk Taman Ixora melalui sukan badminton dan meningkatkan lagi semangat kesukanan dikalangan penduduk. Penyertaan adalah terbuka kepada semua penduduk Taman Ixora.
Pertandingan dijalankan secara beregu dan pemilihan pasangan ditentukan sendiri oleh pemain.
Seramai 34 orang pemain (17 regu) telah menyertai pertandingan yang dianjurkan. Kategori permainan adalah Terbuka dan Remaja.
Sila klik di sini untuk melihat senarai penuh pemain.

Hadiah berbentuk Piala Pusingan bagi Johan, Piala Iringan dan Hamper kepada Johan, Naib Johan, Tempat Ketiga dan Tempat Keempat disediakan kepada pemenang pertandingan.
Berikut adalah keputusan penuh pertandingan:-
1. KATEGORI TERBUKA

Johan
- Sameri Bin Abdullah dan Mohd Noor Bin Salleh
Naib Johan
- Abd Rashid Bin Abd Malek dan Azrul Bin Idris
Tempat Ketiga
- Hj. Mohd Noor Bin Hj. Said dan Matzis Bin Jusdi
Tempat Keempat
- Salleh Bin Sufian dan Muhamad Faisal Bin Omar
Penentuan Tempat Ketiga dan Tempat Keempat adalah melalui undian.
2. KATEGORI REMAJA

Johan
- Muhammad Asyraf Bin Mohd Noor dan Muhammad Ilyasa Bin Mohd Zaimi
Naib Johan
- Muhammad Hazwan Adli Bin Zainal Abidin dan Arif Al-Hafiz Bin Mohd Anuar

Hadiah cabutan bertuah turut disediakan kepada pemain.
Persatuan Penduduk Taman Ixora mengucapkan syabas dan tahniah kepada Urusetia pertandingan yang telah berjaya menganjurkan pertandingan dengan jayanya. Terima kasih juga diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung menjayakan penganjuran pertandingan ini. InsyaAllah pertandingan ini akan dianjurkan lagi pada tahun hadapan dengan lebih banyak peryertaan daripada penduduk.
Sila klik di sini untuk melihat gambar.
salam, dalam borang tarikh akhir hantar pada 30/04/2010 tetapi dalam artikel tulis hantar 01/05/2010...nak kepastian mana satu tarikh yang betul!..
BalasPadamTAHNIAH KEPADA SEMUA PEMENANG DAN SEMUA PESERTA PERTANDINGAN BADMINTON.SEMOGA DENGAN ADANYA ACARA SEBEGINI AKAN LEBIH MENGERATKAN TALI PERSAUDARAAN SESAMA PENDUDUK.
BalasPadamKALAU BOLEH SETIAP 3 BULAN PENGANJURAN SEPERTI INI DAPAT DIADAKAN. PENGERUSI PPTI DAN AJK TERUSKAN PERJUANGAN ANDA DALAM MENGENDALIKAN PERSATUAN AGAR LEBIH BAIK LAGI. TAHNIAH SEMUA PENDUDUK PPTI.
saya sokong penganjuran biarlah dibuat dalam 3 bulan sekali dan kalau boleh kita buat perlawanan persahabatan dengan taman yang lain untuk mengeratkan tali silaturahim....
BalasPadam