Selasa, 19 Januari 2010

Pos Kejiranan One Ixora Jalan Ixora 1/11

Pada 17-19 Januari 2010, penduduk di Jalan Ixora 1/11 telah bergotong-royong membina pos kejiranan One Ixora di jalan berkenaan. Pos ini dibina atas inisiatif penduduk melalui sumbangan kewangan dan tenaga daripada penduduk di lorong berkenaan.

Pos ini dibina untuk kemudahan penduduk mengadakan kawalan keselamatan pada sebelah malam. Pihak persatuan mengucapkan tahniah kepada penduduk di lorong berkenaan yang telah mengadakan kawalan keselamatan secara sukarela.

5 ulasan:

  1. Tahniah! Jangan lupa calling2 kitaorg di Pos One Ixora 1/13. -017-

    BalasPadam
  2. calling2 kitorang jugak di Post Kawalan 1/2...

    BalasPadam
  3. ok tks dari ko org semua .. sama² lah kita menjaga kampung/taman kita..aku jugak nk ucapkan berbanyak² terima kasih kat sahabat²ku 1/11 yg banyak membantu n membina pondok kawalan..banyak kenangan yg kami dpt sepanjang membuat pondok kawalan tu.. pahit,manis,masam,lemau dll lah.. kalau nk diikutkan gelak sorang² aje.. ALLAH sahaja yg dpt membalas budi mereka² ini.. tahniah kawanku...gua slut ko org semua...

    BalasPadam
  4. salam suma. skrg dah ader 2 pos kawalan one ixora. tahniah diucapkan. kepada semua penduduk taman ixora jomla join kiterorg berjaga malam sambil berkenal mesra sesama kiter.
    kiter eratkan lagi hubungan sesama taman.
    isnin hingga ahad jomla join pos 1/13.
    kat sana leh tukar2 pandangan untuk kebaikan tamana kita. hidup one ixora..

    BalasPadam
  5. salam semua, saya mengucapkan tahniah diatas pembinaan pos kawalan one ixora lebih-lebih lagi ianya didirikan di jalan 1/11 berhampiran dengan rumah saya NO.29. saya minta maaf kepada semua sahabat jalan 1/11 sebab tak dapat membantu semasa gotong-royong tersebut dijalankan kerana saya jarang balik taman ixora kerana bertugas di KL dan hanya balik pada hujung minggu sahaja.

    BalasPadam