Satu aduan rasmi telah dikemukakan oleh Persatuan Penduduk Taman Ixora kepada Majlis Perbandaran Sepang mengenai simpang keluar dan masuk merbahaya ke Taman Ixora. Nombor siri aduan adalah 7493 bertarikh 16 September 2009.Adalah didapati simpang berkenaan merbahaya kepada kenderaan yang keluar dan masuk ke Taman Ixora. Pengguna terpaksa memerhatikan kiri dan kanan jalan dengan teliti sebelum melintas. Penglihatan adalah terbatas kerana dihalang oleh landskap (pokok bunga dan hiasan di pembahagi jalan kiri dan kanan).
Persatuan mencadangkan beberapa tindakan diambil oleh pihak MPSp iaitu:-
1. Tidak menanam sebarang pokok, bunga dan hiasan di pembahagi jalan sepanjang 50 meter di kiri dan kanan simpang jalan berkenaan.
2. Memasang lintasan belang bagi jarak 50 meter di kiri dan kanan simpang berkenaan bertujuan bagi memperlahankan kenderaan yang menghampiri simpang berkenaan.
3. Memasang lampu isyarat di persimpangan jalan berkenaan.
Persatuan amat berharap aduan ini mendapat tindakan yang segera daripada pihak MPSp kerana telah berlaku 4(empat) kejadian kemalangan di simpang berkenaan.
Surat akuan terima aduan telah diterima daripada MPSp pada 17 September 2009 dan tindakan menyiasat aduan akan dibuat dalam tempoh Empat Belas (14) hari bekerja. Sebarang kemusykilan tuan/puan bolehlah berhubung terus di Unit Aduan Awam di talian telefon 03-83190200 @ 03-83190300 sambungan 429/431/432 atau faks ke 03-83204200.
Sila klik di sini untuk melihat gambar lokasi simpang berkenaan.



Pada jam 10.00 pagi, 1 September 2009, beberapa buah rumah di Taman Ixora telah dilanda banjir lumpur. Tapak pembinaan rumah di atas bukit yang masih belum mempunyai saliran yang baik menyebabkan kejadian berkenaan berlaku. Banjir lumpur daripada atas bukit berkenaan telah melimpahi Jalan 1/1 dan membanjiri beberapa buah rumah penduduk.


