Ahad, 9 November 2014

Gotong Royong Cegah Denggi Taman Ixora

Persatuan Penduduk Taman Ixora dengan kerjasama Kawasan Rukun Tetangga Taman Ixora telah menganjurkan Program Gotong Royong Cegah Denggi pada butiran berikut:

Tarikh : 8 November 2014 (Sabtu)
Tempat Berkumpul : Surau Balai Islam Taman Ixora
Masa : 8.00 Pagi

Alhamdulillah program gotong royong berkenaan mendapat
sambutan yang menggalakkan dari penduduk Taman Ixora.

Sila klik di sini untuk melihat gambar.

Ahad, 2 November 2014

Pertandingan Badminton Muhibbah Taman Ixora 2014

Persatuan Penduduk Taman Ixora dengan kerjasama Kawasan Rukun Tetangga Taman Ixora telah menganjurkan Pertandingan Badminton Muhibbah 2014 pada butiran berikut:

Tarikh : 1 November 2014 (Sabtu)
Tempat : Kompleks Sukan Airport, Nilai
 Masa : 8.00 pagi hingga 1.00 petang
Alhamdulillah pertandingan ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari penduduk Taman Ixora.

Sila klik di sini untuk melihat gambar.

Ahad, 26 Oktober 2014

Ceramah Maal Hijrah di Surau Balai Islam Taman Ixora

Surau Balai Islam Taman Ixora akan mengadakan Ceramah Maal Hijrah bagi meraikan tahun baru hijrah 1436H. Muslimin dan muslimah dijemput hadir.

Jumaat, 19 September 2014

Ibadah Korban Peringkat Taman Ixora

Majlis ibadah korban peringkat Taman Ixora. Penduduk berminat dijemput menyertainya.

Ahad, 7 September 2014

Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yasin Sempena Peperiksaan UPSR, PT3, SPM, STAM dan STPM

Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yasin Sempena Peperiksaan UPSR, PT3, SPM, STAM dan STPM telah diadakan pada butiran berikut:

Tarikh : 7 September 2014(Ahad)
Masa : Selepas Solat Maghrib
Tempat : Surau Balai Islam Taman Ixora
Alhamdulillah majlis ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk Taman Ixora.

Sila klik di sini untuk melihat gambar.

Sabtu, 6 September 2014

Majlis Perlimau Tapak Anak-Anak Gayung Taman Ixora

Majlis Perlimau Tapak Anak-Anak Gayung Taman Ixora telah diadakan pada butiran berikut:

Tarikh : 6 September 2014 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Surau Balai Islam Taman Ixora

Seramai 40 orang anak-anak gayung Taman Ixora telah mengikuti majlis berkenaan dan telah sah diterima sebagai anak murid persilatan gayung.

Sila klik di sini untuk melihat gambar.

Rabu, 13 Ogos 2014

Majlis Ramah Mesra Aidilfitri AJK PPTI, KRT dan Surau Balai Islam Taman Ixora Tahun 2014/1435H


Majlis Ramah Mesra Aidilfitri AJK PPTI, KRT dan Surau Balai Islam Taman Ixora Tahun 2014/1435H telah diadakan pada butiran berikut:

Tarikh : 13 Ogos 2014 (Rabu)
Masa : Selepas solat Isyak
Tempat : Surau Balai Islam Taman Ixora

Majlis ini diadakan untuk memberikan ruang dan kesempatan kepada AJK bagi ketiga-tiga organisasi di Taman Ixora beramah mesra dan bermaafan. Alhamdulillah kehadiran AJK agak memuaskan dan InsyaAllah majlis ini akan diadakan lagi pada tahun hadapan.

Sila klik di sini untuk melihat gambar.