Ahad, 31 Julai 2011
Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1432H/ 2011M
InsyaAllah kita akan berpuasa pada hari Isnin (1 Ogos 2011).
Persatuan Penduduk Taman Ixora mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak dan Selamat Berpuasa kepada semua penduduk Taman Ixora. Perbanyakkanlah amalan kita di bulan yang mulia ini. Semoga puasa dan amalan yang kita kerjakan pada bulan ini mendapat pahala dan ganjaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala.
Isnin, 25 Julai 2011
Majlis Pecah Tanah Surau Balai Islam Taman Ixora
Jawatankuasa Pembinaan Surau Balai Islam Taman Ixora telah mengadakan Majlis Pecah Tanah Surau Balai Islam Taman Ixora pada butiran berikut:Tarikh : 24 Julai 2011 (Ahad)
Masa : 10.00 Pagi
Tempat : Tapak Surau Balai Islam Taman Ixora
Dirasmikan oleh : Dato' Shamsuddin Hayroni (Pengerusi Eksekutif Getrahome Sdn. Bhd.)
Alhamdulillah, majlis yang dianjurkan ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk Taman Ixora. Semoga dengan pembinaan surau ini akan memberikan manfaat kepada seluruh penduduk Taman Ixora. Pembinaan sebuah surau di Taman Ixora telah dinanti oleh penduduk Taman Ixora sejak sekian lamanya. Alhamdulillah, Allah telah memakbulkan doa kita semua.
Diantara aktiviti yang boleh dijalankan di surau adalah:
- Solat berjemaah
- Kelas mengaji Al-Quran
- Aktiviti keagamaan seperti ceramah, kuliah dan sebagainya
- Sebarang aktiviti kemasyarakatan
Kos penganjuran majlis RM1,250.00
- Sewaan khemah RM400.00
- Jamuan ringan RM750.00
- Banner RM100.00
Sila klik di sini untuk melihat gambar.
Ahad, 24 Julai 2011
Barbeque Sempena Penutup Minggu Keselamatan Taman Ixora
Persatuan Penduduk Taman Ixora dengan kerjasama Kawasan Rukun Tetangga Taman Ixora telah mengadakan Barbeque sempena penutup Minggu Keselamatan Taman Ixora seperti butiran berikut:Tarikh : 23 Jun 2011 (Sabtu)
Masa : 9.00 Malam hingga 1.00 Pagi
Tempat : Tapak Surau Balai Islam Taman Ixora
Tujuan program ini dianjurkan adalah seperti berikut:
- Berkongsi pengalaman dan bertukar fikiran mengenai kejadian jenayah yang telah berlaku di Taman Ixora
- Merumuskan hasil kajian/ survey minggu keselamatan yang telah diadakan
- Merapatkan hubungan silaturrahim di antara satu sama lain
- Menghargai jasa dan pengorbanan penduduk yang telah membuat kawalan keselamatan di Taman Ixora secara sukarela
- Merapatkan hubungan di antara penduduk dengan pihak polis dan skuad pemantau PTT (Push To Talk)
Kos penganjuran program RM400
- Jamuan dan peralatan RM400
Sila klik di sini untuk melihat gambar.
Gotong Royong Cegah Denggi Taman Ixora
Persatuan Penduduk Taman Ixora dengan kerjasama Kawasan Rukun Tetangga Taman Ixora telah menganjurkan Program Gotong Royong Cegah Denggi di Taman Ixora pada butiran berikut:Tarikh : 23 Julai 2011 (Sabtu)
Masa : 9.00 Pagi
Tempat Berkumpul : Tapak Surau Taman Ixora
Program ini perlu dilaksanakan kerana mulai 18 Julai 2011, Pejabat Kesihatan Daerah Sepang telah mengisytiharkan Taman Ixora sebagai kawasan wabak denggi.
Diantara aktiviti yang telah dilaksanakan:
1. Penduduk berkumpul di tapak surau Taman Ixora. Mula bergerak mengikut lorong masing-masing dan membersihkan kawasan sekitar rumah.
2. Membuang semua bekas-bekas yang boleh menakung air bagi pembiakan nyamuk Aedes.
3. Mencantas pokok-pokok bunga, pokok dan semak di belakang rumah penduduk.
4. Berkumpul semula di tapak surau Taman Ixora untuk menikmati jamuan ringan.
Program gotong-royong ini tidak mendapat sambutan daripada penduduk Taman Ixora. Persatuan Penduduk dan Kawasan Rukun Tetangga Taman Ixora sudah menganjurkan program yang sebaiknya kepada penduduk Taman Ixora bagi mengelakkan kawasan Taman Ixora menjadi wabak demam denggi. Walaubagaimanapun semua yang diusahakan ini terpulang kepada penduduk sendiri untuk menilai dan memberikan kerjasama.
Kos penganjuran program RM531.60:
- Jamuan ringan RM300.00
- Peralatan RM131.60
- Banner RM100.00
Sila klik di sini untuk melihat gambar.
Rabu, 20 Julai 2011
Kejadian Pecah Masuk Rumah Siang Hari di Jalan Ixora 1/1
Pada 20 Julai 2011 (Rabu), berlaku satu kejadian pecah masuk rumah penduduk No. 2, Jalan Ixora 1/1. Kejadian berkenaan disedari oleh tuan rumah selepas pulang dari kerja jam 8.00 malam. Kejadian dipercayai berlaku dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang semasa ketiadaan tuan rumah. Kehilangan sebuah laptop dan beberapa barangan berharga dilaporkan.
Persatuan Penduduk Taman Ixora memohon penduduk Taman Ixora supaya sentiasa berwaspada dengan kejadian jenayah yang berlaku akhir-akhir ini. Persatuan Penduduk Taman Ixora menasihati penduduk di Fasa 1B dan 1C supaya memasang pad lock di jeriji besi rumah. Dimaklumkan oleh pihak polis, jeriji besi ini amat senang dibuka/ dipecah masuk. Penduduk di perumahan Fasa 1B dan IC terdedah kepada kejadian ini.Sila klik di sini untuk melihat gambar.
Selasa, 19 Julai 2011
Notis Penutupan Premis Kerana Pembiakan Aedes
Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengeluarkan Notis Penutupan Premis Tapak Bina Taman Ixora mulai daripada 19 Julai 2011 jam 5.00 petang hingga 26 Julai 2011 (7 hari) supaya kerja-kerja pembersihan dijalankan sehingga premis ini tidak lagi boleh membiakkan atau memberi perlindungan kepada serangga pembawa penyakit.
Berdasarkan kepada laporan pemeriksaan pegawai kesihatan, beberapa tempat takungan nyamuk Aedes telah dijumpai di kawasan premis berkenaan.
Persatuan Penduduk Taman Ixora menasihati penduduk supaya membersihkan kawasan rumah dan membuang tempat pembiakan nyamuk Aedes. Hadkan pergerakan keluar masuk rumah pada waktu awal pagi dan lewat petang. Ini adalah kerana Taman Ixora telah diisytiharkan sebagai kawasan wabak denggi.
Ahad, 17 Julai 2011
Minggu Keselamatan di Taman Ixora
Jawatankuasa Persatuan Penduduk Taman Ixora dan Kawasan Rukun Tetangga Taman Ixora telah mengadakan Minggu Keselamatan di Taman Ixora. Butiran aktiviti adalah seperti berikut:-Tarikh : 16 hingga 24 Julai 2011
Tempat : Kejiranan Taman Ixora
Tujuan minggu keselamatan diadakan adalah:
1. Memberikan kesedaran dan hebahan kepada penduduk Taman Ixora mengenai kejadian jenayah samun yang semakin menjadi-jadi di Taman Ixora sejak kebelakangan ini. Beberapa kes yang telah berlaku akan diwar-warkan untuk pengetahuan bersama.
2. Mengedarkan borang survey mengenai cadangan untuk mewujudkan kawalan keselamatan berbayar di Taman Ixora.
Kaedah:
1. Mengedarkan borang dan memberikan pendedahan kepada penduduk mengenai aspek keselamatan.
2. Menaikkan banner untuk pengetahuan penduduk.
3. Hasil survey berkenaan akan dikumpulkan dan keputusan akan dimaklumkan.
Sila klik di sini untuk melihat gambar.
Langgan:
Catatan (Atom)

