Ahad, 24 Mei 2015

Majlis doa selamat SRS Taman Ixora

Majlis doa selamat Skim Rondaan Sukarela (SRS) Taman Ixora telah diadakan pada 23 Mei 2015 di kabin SRS. Semoga usaha ahli SRS Taman Ixora memastikan keselamatan penduduk Taman Ixora dirahmati Allah SWT.




Isnin, 18 Mei 2015

Gotong Royong Cegah Denggi Taman Ixora

Persatuan Penduduk Taman Ixora dengan kerjasama Kawasan Rukun Tetangga Taman Ixora telah menganjurkan Program Gotong Royong Cegah Denggi pada butiran berikut:

Tarikh : 17 Mei 2015 (Ahad)
Tempat Berkumpul : Dataran Serbaguna Taman Ixora
Masa : 8.00 Pagi

Alhamdulillah program gotong royong berkenaan mendapat sambutan yang menggalakkan dari penduduk Taman Ixora.




Isnin, 11 Mei 2015

Pertandingan Futsal Tertutup Taman Ixora 2015

Persatuan Penduduk Taman Ixora dengan kerjasama Kawasan Rukun Tetangga Taman Ixora telah mengadakan Pertandingan Futsal Tertutup Taman Ixora 2015 seperti butiran berikut:

Tarikh : 10 Mei 2015 (Ahad)

Masa : 8.00 Pagi hingga 1.00 Petang
Tempat : Dataran Serbaguna Taman Ixora






Isnin, 16 Februari 2015

Mesyuarat Agung Persatuan Penduduk Taman Ixora Kali Ke-8


Persatuan Penduduk Taman Ixora akan mengadakan mesyuarat agung kali ke-8 pada butiran berikut:

Tarikh : 8 Mac 2014 (Ahad)
Masa : 9.00 Pagi
Tempat : Surau Balai Islam Taman Ixora

Agenda mesyuarat adalah seperti berikut:
- Pengesahan minit mesyuarat
- Pembentangan aktiviti PPTI tahun 2014
- Pembentangan laporan kewangan tahun 2014
- Perbincangan cadangan usul

Semua ahli Persatuan Penduduk Taman Ixora dijemput hadir.

Ahad, 15 Februari 2015

Lawatan Skuad COMBI Taman Ixora 15 Februari 2015


Skuad COMBI Taman Ixora telah melakukan lawatan pada butiran berikut:

Tarikh : 15 Februari 2015 (Ahad)
Masa : 9.30 Pagi
Tempat : Jalan Ixora 1/1 dan 1/2

Tujuan lawatan adalah untuk memberi nasihat dan kesedaran kepada penduduk mengenai bahaya denggi. Tujuan lawatan juga adalah untuk mengenalpasti bekas atau kawasan yang berpotensi untuk menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes.

Sila klik di sini untuk melihat gambar.

Ahad, 11 Januari 2015

Forum Perdana Maulidur Rasul Taman Ixora - Meniti Sunnah Rasul S.A.W.


Surau Balai Islam Taman Ixora dengan kerjasama Persatuan Penduduk Taman Ixora dan Kawasan Rukun Tetangga Taman Ixora telah mengadakan Forum Perdana Maulidur Rasul Taman Ixora seperti butiran berikut:

Tarikh : 10 Januari 2015 (Sabtu)
Masa : Selepas Solat Maghrib
Tempat : Surau Balai Islam Taman Ixora
Tajuk : Meniti Sunnah Rasul S.A.W.

Ahli Panel:
- Hj. Zulrushdi (Moderator)
- Imam Muda Amiril
- Pencetus Ummah Salman

Sila klik di sini untuk melihat gambar.

Sabtu, 10 Januari 2015

Car Boot Sales Taman Ixora


Persatuan Penduduk Taman Ixora dengan kerjasama Surau Balai Islam Taman Ixora telah mengadakan Car Boot Sales seperti butiran berikut:

Tarikh : 10 Januari 2015 (Sabtu)
Masa : 8.00 Pagi hingga 12.00 Tengahari
Tempat : Laluan masuk Taman Ixora

Sila klik untuk melihat gambar.