Domain Laman Blog Taman Ixora, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, Selangor telah didaftarkan secara rasmi mulai 21 Ogos 2013 dan kini boleh diakses melalui URL
http://www.TamanIxora.com
Walaubagaimanapun akses kepada http://TamanIxora.blogspot.com masih boleh dilakukan dan akan di redirect ke URL tersebut.
Khamis, 22 Ogos 2013
Selasa, 13 Ogos 2013
Panduan Makan Secara Sihat di Hari Raya
Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengeluarkan sebuah buku kecil mengenai pemakanan secara sihat di Hari Raya. Biasanya pelbagai juadah dihidangkan pada hari terbuka. Antara makanan yang biasa dihidangkan adalah seperti lemang, ketupat, rendang, lontong dan pelbagai kuih-muih beraneka rasa. Namun begitu, kita perlulah bijak dalam memilih makanan dan sentiasa mengamalkan pemakanan yang sihat ketika meraikan Hari Raya. Pengambilan makanan yang tidak terkawal boleh menyebabkan peningkatan berat badan secara mendadak selain meningkatkan risiko kepada penyakit kronik. Sehubungan itu, pengekalan berat badan perlu ditekankan sepanjang musim perayaan.
Saranan pengambilan kalori berdasarkan Panduan Diet Malaysia, 2010 untuk orang dewasa (berumur 18 - 59 tahun) yang sedentari adalah seperti berikut:
a) Lelaki dewasa : 2,000 kcal/hari
b) Wanita dewasa : 1,500 kcal/hari
Contoh pengambilan kalori mengikut waktu makan sehari untuk seorang dewasa yang sedentari adalah seperti berikut:
a) Sarapan - Lelaki (550 kcal), Wanita (450 kcal)
b) Minum pagi - Lelaki (200 kcal), Wanita (100 kcal)
c) Makan tengahari - Lelaki (550 kcal), Wanita (450 kcal)
d) Minum petang - Lelaki (200 kcal), Wanita (100 kcal)
e) Makan malam - Lelaki (500 kcal), Wanita (400 kcal)
Sil klik di sini untuk memuat turun buku berkenaan.

Pertandingan Landskap Majlis Perbandaran Sepang Tahun 2013
Majlis Perbandaran Sepang telah menganjurkan program Pertandingan Landskap bagi tahun 2013 dan Taman Ixora bertanding mewakili Jawatankuasa Perunding Penduduk (JPP) Zon BBST Selatan.
Objektif pertandingan:
1. Menggalakkan penglibatan masyarakat dalam meninggikan kualiti nilai budaya landskap di kalangan semua lapisan masyarakat.
2. Menimbulkan minat dan kesedaran masyarakat terhadap seni landskap, tanaman dan bunga-bungaan.
3. Manjadikan sumber untuk masyarakat belajar tentang betapa pentingnya landskap untuk persekitaran alam sekitar.
4. Mewujudkan suasana persekitaran semula jadi yang indah dan menarik.
Tema pertandingan adalah "Tamanku Bersih Tamanku Sejahtera"
Kriteria-kriteria penilaian:
1. Keberkesanan landskap sesuatu kawasan itu memenuhi objektif dan fungsi:-
- Memelihara alam semula jadi dan keindahan
- Mewujudkan keseimbangan alam persekitaran ekosistem, meredakan iklim, membersihkan udara, mengelak dan mengurangkan hakisan
- Berfungsi sebagai panduan arah, penapis dan penghadang, pemeliharaan flora dan fauna, teduhan dan lindungan sinaran matahari atau kenderaan
- Mengurangkan kesan-kesan binaan
- Meningkatkan pemandangan estetik dan menarik
- Mengekalkan sosio budaya dan identiti tempatan
2. Aspek penilaian panel hakim mengambil kira faktor berikut:
- Kesungguhan peserta untuk memelihara landskap dan alam sekitar di halaman rumah
- Penyediaan bentuk landskap yang dapat mencapai dan menepati objektif pertandingan
- Gabungan reka bentuk dan susunan landskap lembut dan kejur
- Kekerapan kerja penyelenggaraan landskap dan kebersihan kawasan yang dilaksanakan
- Kesungguhan kerja kebersihan dan keindahan di kawasan luar pagar rumah
- Keceriaan dan keindahan kawasan halaman rumah secara keseluruhan yang memberikan pemandangan yang menarik
3. Kriteria penilaian dan pemarkahan
A. Jalan masuk ke kawasan Taman Perumahan (20 Markah)
- Keadaan jalan masuk ke kawasan taman perumahan diselenggara dengan baik seperti di sepanjang jalan masuk taman ditanam dengan tanaman hiasan(softcape) atau hardscope
B. Susun atur tanaman hiasan di sekeliling kawasan lapang (20 Markah)
- Teknik dan dekorasi penanaman dari segi keunikan penanaman tanaman hiasan
- Penyusunan, penyesuaian eleman landskap seperti arca-arca, pokok teduhan, bangku, kolam ikan (jika ada) dan sebagainya
- Kreativiti/ idea/ inovasi
C. Penyelenggaraan landskap (20 Markah)
- Kerja pemangkasan, pembajaan, merumpai di keliling tanaman hiasan
- Kesuburan tanaman
- Penyelenggaraan elemen landskap (Hardscape dan Softcape) yang mudah
D. Pemilihan tanaman, penggunaan perkayuan, konkrit (20 Markah)
- Tanaman hiasan yang diutamakan (tahan kepada faktor cuaca yang melampau)
- Sejauh mana/berapa banyak tanaman hiasan di tanam
- Tanaman hiasan yang dipelihara termasuk pokok kayu berbunga, pokok buah-buahan dan sayuran
E. Kebersihan (20 Markah)
- Kebersihan keseluruhan kawasan Taman Perumahan
- Seluruh kawasan taman perumahan termasuk kawasan lapang hendaklah bebas daripada sampah sarap, sisa bangunan, sisa pepejal termasuk tin kosong, tangki, deram dan lain-lain yang berkaitan
Pemenang dan hadiah peserta adalah berupa wang tunai dan sijil penyertaan sebagai tanda penghargaan daripada Majlis Perbandaran Sepang.
Juara : Wang tunai RM3,000
Naib Juara : RM 2,000
Ketiga : RM1,000
Saguhati : RM500 (3 Hadiah)
Program penilaian dan pemarkahan akan bermula pada bulan Ogos 2013 dan berakhir pada November 2013.

Sabtu, 10 Ogos 2013
Lagi Kejadian Pecah Rumah di Anjung Ixora, Taman Ixora

Pada pagi Hari Raya Aidilfitri, 8 Ogos 2013 (Khamis), anggaran jam 3.30 pagi berlaku satu lagi kejadian pecah rumah di Lot 42 Anjung Ixora, Taman Ixora. Semasa kejadian pemilik rumah tiada di rumah kerana pulang berhari raya di kampung. Kejadian disedari oleh pemilik rumah pulang dari berhari keesokan hari.Kejadian berkenaan berjaya dirakamkan oleh kamera litar tertutup (CCTV). Berdasarkan kepada penelitian rakaman CCTV berkenaan di syaki suspek adalah lelaki warga asing dari Timur Tengah.
Kejadian berkenaan telah dilaporkan kepada pihak Polis yang tiba tidak lama kemudian.
Sila klik di sini untuk melihat gambar.
Sabtu, 3 Ogos 2013
Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak Yatim dan Majlis Khatam Al-QuranTaman Ixora
Surau Balai Islam Taman Ixora telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak Yatim dan Majlis Khatam Al-Quran pada butiran berikut:
Tarikh : 2 Ogos 2013 (Jumaat)
Masa : 6.45 Petang
Tempat : Surau Balai Islam Taman Ixora
Tentatif aturcara pada majlis berkenaan adalah seperti berikut:
- Ketibaan penduduk dan tetamu jemputan
- Tahlil arwah
- Penyampaian sumbangan duit raya dan sumbangan kepada rumah anak yatim
- Berbuka puasa
- Solat Maghrib berjemaah
- Majlis Khatam Al-Quran
- Solat Isyak dan solat terawih berjemaah
- Jamuan morah
Majlis berkenaan telah dihadiri oleh 30 orang anak yatim dari Rumah Anak Yatim Baitus Sakinah, Kota Warisan, Sepang dan penduduk Taman Ixora.
Terima kasih diucapkan kepada Getrahome Sdn Bhd yang telah memberikan sumbangan bagi menjayakan majlis berkenaan. Semoga mendapat keberkatan dan rahmat daripada Allah Subhanahu Wata'ala.
Sila klik di sini untuk melihat gambar majlis berbuka puasa.
Sila klik di sini untuk melihat gambar majlis khatam al-Quran.
Tarikh : 2 Ogos 2013 (Jumaat)
Masa : 6.45 Petang
Tempat : Surau Balai Islam Taman Ixora
Tentatif aturcara pada majlis berkenaan adalah seperti berikut:
- Ketibaan penduduk dan tetamu jemputan
- Tahlil arwah
- Penyampaian sumbangan duit raya dan sumbangan kepada rumah anak yatim
- Berbuka puasa
- Solat Maghrib berjemaah
- Majlis Khatam Al-Quran
- Solat Isyak dan solat terawih berjemaah- Jamuan morah
Majlis berkenaan telah dihadiri oleh 30 orang anak yatim dari Rumah Anak Yatim Baitus Sakinah, Kota Warisan, Sepang dan penduduk Taman Ixora.
Terima kasih diucapkan kepada Getrahome Sdn Bhd yang telah memberikan sumbangan bagi menjayakan majlis berkenaan. Semoga mendapat keberkatan dan rahmat daripada Allah Subhanahu Wata'ala.Sila klik di sini untuk melihat gambar majlis berbuka puasa.
Sila klik di sini untuk melihat gambar majlis khatam al-Quran.
Rabu, 31 Julai 2013
Penduduk Cantas Pokok di Jalan Ixora 1/1, Taman Ixora
Pada 30 Julai 2013, beberapa orang penduduk di Jalan Ixora 1/1 telah mengambil tindakan mencantas beberapa pokok yang besar dan merbahaya di Jalan Ixora 1/1. Tindakan berkenaan diambil kerana penduduk bimbangkan keselamatan rumah dan nyawa ahli keluarga sekiranya pokok berkenaan tumbang atau dahan yang tinggi patah menghempap perumahan atau kenderaan yang di parkir di tepi jalan.
Pihak berwajib tidak mengambil tindakan mencantas pokok di jalan berkenaan sehinggakan pokok tumbuh tinggi dan merbahaya kepada keselamatan. Beberapa aduan telah dibuat kepada Majlis Perbandaran Sepang tetapi pihak MPSp menyalahkan pihak pemaju yang belum menyerahkan secara rasmi pokok-pokok di jalan berkenaan untuk diselenggara oleh pihak MPSp.
Sila klik di sini untuk melihat gambar.
Pihak berwajib tidak mengambil tindakan mencantas pokok di jalan berkenaan sehinggakan pokok tumbuh tinggi dan merbahaya kepada keselamatan. Beberapa aduan telah dibuat kepada Majlis Perbandaran Sepang tetapi pihak MPSp menyalahkan pihak pemaju yang belum menyerahkan secara rasmi pokok-pokok di jalan berkenaan untuk diselenggara oleh pihak MPSp. Sila klik di sini untuk melihat gambar.
Isnin, 29 Julai 2013
Lagi Kejadian Pecah Rumah di Taman Ixora
Pada 28 Julai 2013 (Ahad), anggaran jam 6.30 petang hingga 10.00 malam berlaku satu lagi kejadian pecah rumah di kejiranan Anjung Ixora, Taman Ixora. Semasa kejadian pemilik rumah tiada di rumah kerana keluar berbuka puasa bersama keluarga di luar. Kejadian disedari oleh pemilik rumah yang baru sahaja pulang ke rumah.
Sejumlah wang tunai dan barangan dilaporkan hilang oleh pemilik. Dilaporkan juga pemilik rumah berkenaan baru sahaja memasang CCTV pada dua minggu lepas. Walaubagaimanapun DVR yang merekodkan CCTV berkenaan turut dicuri. Kejadian berkenaan telah dilaporkan kepada pihak Polis yang tiba tidak lama kemudian.

Persatuan Penduduk Taman Ixora menasihatkan penduduk supaya sentiasa mengambil langkah keselamatan dengan mengawasi keadaan persekitaran sekiranya terdapat individu yang tidak dikenali, memastikan pintu dan tingkap sentiasa dikunci. Telefon pihak Polis sekiranya terdapat keadaan yang mencurigakan.

Langgan:
Catatan (Atom)