Selasa, 12 Ogos 2014

Pelekat Kenderaan Taman Ixora dan Borang Survey Kawalan Keselamatan Taman Ixora

  

Persatuan Penduduk Taman Ixora dengan kerjasama Kawasan Rukun Tetangga Taman Ixora akan memperkenalkan penggunaan pelekat kenderaan Taman Ixora kepada semua penduduk Taman Ixora.

Tujuan utama pelekat berkenaan adalah untuk pengenalan penduduk Taman Ixora dan mengenalpasti setiap kenderaan yang keluar dan masuk ke Taman Ixora bagi tujuan keselamatan. Setiap pelekat berkenaan dikenakan bayaran sebanyak RM5.00 bagi sebuah kenderaan. 

Dalam masa yang sama Persatuan Penduduk Taman Ixora dan Kawasan Rukun Tetangga Taman Ixora juga akan mengedarkan borang survey kawalan keselamatan kepada semua penduduk Taman Ixora.

Kepada penduduk yang ingin mendapatkan pelekat berkenaan bolehlah mengisi Borang Maklumat Penduduk yang dilampirkan. Borang yang siap diisi beserta bayaran bolehlah diserahkan kepada:

1. Mohd Hasiady Bin Yasin, Setiausaha PPTI  (019-2828422)
2. Ahmad Kamil Bin Zailani, Setiausaha KRT (019-2233706)
3. Hasrizam Bin Hasim@Hashim , Pen. SU (019-2336442)
4. Semua Ketua Lorong/ AJK PPTI

Sila klik di sini untuk muat turun borang permohonan pelekat kenderaan dan borang survey kawalan keselamatan Taman Ixora.

2 ulasan:

  1. Berapa kekuatan pengawal keselamatan yang diperlukan. Masa kekerapan rondaan dan jaminan keselamatan macam mana? Kalau terjadi juga malapetaka, pihak keselamatan akan bg jaminan gantirugi tak?

    BalasPadam
  2. Boleh kami tahu dengan RM50 sebulan tu....

    (1) perkhidmatan kawalan keselamatan yang macam mana akan disediakan? Adakah disemua posisi/lokasi dalam taman kita akan diadakannya. Ini kerana kedudukan taman kita adalah ibarat "pulau" yang mengundangkan pelbagai "pintu masuk".

    (2) apakah jaminan yang yang boleh diberikan oleh pihak pengawal keselamatan. Contohnya, jika berlaku sesuatu musibah juga..... adakah pihak keselamatan akan membuat gantirugi kepada kita.

    (3) adakah pihak pengawalan keselamatan hanya membuat pemantauan kepada rumah2 yang berbayar sahaja atau keseluruhan taman secara amnya.

    Diharap PPTI dapat memberi maklumbalas gambaran

    Terima kasih

    BalasPadam