Pada 9 Januari 2012, Persatuan Penduduk Taman Ixora telah mengupah kontraktor untuk melakukan pembaikan kepada pagar rumah En. Fathi (No. 144, Jalan Ixora 1/1) yang telah rosak kerana dirempuh oleh lembu yang di korbankan semasa Majlis Ibadah Qurban tempoh hari. Pihak persatuan menerima tanggungjawab ini kerana kerosakan berlaku semasa majlis dianjurkan oleh persatuan.
Kos pembaikan adalah RM 200. (Pembelian pagar RM140 dan upah RM60).
Persatuan Penduduk Taman Ixora memohon maaf di atas kelewatan melakukakan pembaikan berkenaan di atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Setiausaha PPTI telah beberapa kali berhubung dengan pemilik rumah sebelum dan selepas kerja pembaikan dan beliau berpuas hati dengan kerja-kerja yang telah dilakukan.
Sila klik di sini untuk melihat gambar.
Tahniah kpd PPTI krn bertanggungjawab dan mengambil tindakan utk membaikpulih pagar rumah en fathi... tp kalau boleh jgn ambil masa yg lama sgt..tq
BalasPadam