Selasa, 18 Januari 2011

Yuran Keahlian Tahun 2011

Persatuan Penduduk Taman Ixora mengajak semua ahli PPTI untuk menjelaskan yuran keahlian tahun 2011 sebanyak RM30.00 setahun. Bayaran boleh dibuat kepada Bendahari, semua AJK Lorong atau melalui bank.

Ahli boleh menyemak jumlah yuran yang perlu dibayar melalui Penyata Yuran Keahlian.

PPTI menggalakkan pembayaran secara bank in ke akaun persatuan.

Bayaran melalui bank in boleh dibuat kepada akaun bank PPTI melalui 2 akaun PPTI:
1. Akaun Maybank (Persatuan Penduduk Taman Ixora BBST 2008) - No. Akaun 555108002197
2. Akaun Bank Islam (Persatuan Penduduka Taman Ixora BBST, Sepang, Selangor 2008) - No. Akaun 05058010012095

Berikut adalah cara pembayaran tersebut:
1. Semak jumlah yuran yang perlu dibayar melalui Penyata Yuran Keahlian PPTI
2. Lakukan pembayaran
3. Sila nyatakan nama penuh, no. rumah, no. jalan, tarikh, masa, no. rujukan dan jumlah bayaran yang dibuat.
4. Emelkan maklumat berkenaan kepada tamanixora@gmail.com

Resit rasmi akan dikeluarkan kepada ahli setelah menerima penyata bulanan yang dihantar oleh pihak bank.

PPTI akan menguatkuasakan Fasal 6 Undang-undang Tubuh PPTI : Bayaran Masuk, Yuran dan Bayaran Lain yang menjelaskan:
1. Yuran tahunan hendaklah dijelaskan kepada Bendahari dalam tempoh dua bulan dari awal tahun tiap-tiap tahun
2. Ahli yang membiarkan hutang yurannya lebih dari satu tahun akan menerima surat peringatan yang ditandatangani oleh Setiausaha dan hilanglah hak-hak keistimewaannya sebagai ahli sehingga hutangnya telah dijelaskan
3. Ahli yang membiarkan hutangnya sebanyak lebih dari jumlah yuran bagi tiga(3) tahun dengan sendirinya terhenti menjadi ahli persatuan
4. Jawatankuasa mempunyai kuasa menetapkan yuran masuk semula bagi sesiapa yang membiarkan keahliannya terlucut disebabkan hutang

Sil rujuk Undang-Undang Tubuh PPTI untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan