Isnin, 6 September 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri Tahun 2010M/1431H

Persatuan Penduduk Taman Ixora mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua ahli persatuan khususnya dan penduduk Taman Ixora umumnya.

Kepada penduduk yang memandu balik kampung untuk berhari raya dinasihatkan supaya berhati-hati di jalanraya. Ingatlah orang tersayang yang menanti kepulangan anda. Amalkan sikap sabar dalam menempuh kesesakan jalanraya.

Sehubungan dengan itu semua Ahli Jawatankuasa PPTI memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat salah dan silap serta kekurangan sepanjang kami mentadbir persatuan ini. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

1 ulasan:

  1. Salam aidilfitri dan maaf zahir batin.Untuk pengetahuan SU kalau tak silap saya tarikh sambutan aidilfitri telah bertukar tarikh pada 9hb okt.Utk makluman saja.wasalamm

    BalasPadam