Rabu, 30 Jun 2010

Sesi Perjumpaan Bersama PPTI dan Getrahome Mengenai Pembinaan Surau Balai Islam Taman Ixora

Persatuan Penduduk Taman Ixora telah mengadakan sesi pertemuan dengan Getrahome mengenai status pembinaan Surau Balai Islam Taman Ixora pada butiran berikut:

Tarikh : 30 Jun 2010 (Rabu)
Masa : 10.00 Pagi
Tempat : Site Office Taman Ixora

Persatuan Penduduk Taman Ixora telah diwakili oleh Pengerusi, Setiausaha, seorang AJK dan seorang penduduk Taman Ixora. Pihak Getrahome telah diwakili oleh Ketua Pegawai Operasi, Pengarah Pembangunan dan Hartanah dan 4 orang wakil daripada kontraktor.

Berikut adalah keputusan yang dibuat semasa perjumpaan berkenaan:
1. Anggaran kos pembinaan surau adalah RM100,000
2. Pihak Getrahome bersetuju untuk menyumbang RM50,000 bagi pembiayaan kos projek
3. Persatuan Penduduk Taman Ixora diminta mengumpulkan dana daripada individu, syarikat korporat dan agensi kerajaan bagi membiayai baki kos projek
4. Tempoh pelaksanaan projek adalah empat (4) bulan dan tarikh jangka siap projek adalah 1 Januari 2011
5. Pelan surau adalah berkonsep terbuka (contohnya di R&R Lebuh Raya Utara Selatan)

Pihak PPTI mengucapkan terima kasih kepada pihak Getrahome yang telah meluangkan masa untuk sesi perjumpaan berkenaan dan memberikan sumbangan untuk membiayai separuh kos projek pembinaan surau di Taman Ixora. Semoga kerjasama yang diberikan dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.

2 ulasan:

  1. Tahniah PPTI..semoga projek ini berjaya

    BalasPadam
  2. Jika jadi projek surau ni..minta ajk mula kumpul sumbangan dari ahli2 seawal mungkin... insyaalllah, semoga jadi kenyataan.

    BalasPadam