Pada 23 Februari 2010 (Selasa) jam 10.30 pagi, pasukan Panel Penilai Pertandingan Taman Perumahan Terbaik Daerah Sepang Bagi Tahun 2009 telah melakukan lawatan dan membuat penilaian di Taman Ixora. Pasukan panel berkenaan melakukan lawatan dengan menaiki sebuah bas Majlis Perbandaran Sepang.
Salah seorang daripada panel penilai pertandingan berkenaan adalah wakil daripada penduduk Taman Desa Makmur yang telah menjadi Johan Pertandingan Taman Perumahan Terbaik Daerah Sepang Bagi Tahun 2008.
Diantara tinjauan atau penilaian yang dibuat ialah:-1. Melawat kawasan sekitar dan menilai kebersihan Taman Permainan Kanak-kanak di Jalan Ixora 1/9
2. Menemuramah penduduk di rumah No. 36 dan No. 38 Jalan Ixora 1/9
3. Menemuramah penduduk di rumah No. 57 Jalan Ixora 1/2
4. Menemuramah Setiausaha Persatuan Penduduk Taman Ixora
Setiausaha PPTI telah memberikan sedikit penerangan mengenai PPTI, aktiviti yang telah
dijalankan oleh penduduk dan laman blog persatuan. Setiausaha telah memberikan 2 naskah Buletin Ixora kepada pasukan penilai berkenaan sebagai rujukan aktiviti yang telah dijalankan oleh penduduk sepanjang tahun 2009.Persatuan Penduduk Taman Ixora mengucapkan terima kasih kepada penduduk yang telah memberikan kerjasama semasa sesi lawatan berkenaan dijalankan. Terima kasih juga diucapkan kepada pasukan penilai daripada Majlis Perbandaran Sepang yang telah menjalankan tugas dengan cemerlang.
Sesi lawatan berakhir jam 11.15 pagi.
Sila klik di sini untuk melihat gambar.






