Rabu, 21 Januari 2009

Pertandingan Mencipta Logo PPTI BBST

Persatuan Penduduk Taman Ixora akan mengadakan pertandingan mencipta logo persatuan. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 8 Februari 2009. Penyertaan adalah terbuka kepada semua ahli persatuan dan peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan. Hadiah tempat pertama adalah wang tunai RM100.00 beserta hamper dan dua hadiah saguhati setiap satu adalah wang tunai RM30.00 beserta hamper. Pemenang akan diumumkan semasa Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan pada bulan Mac 2009 dan penyampaian hadiah akan dilakukan pada hari itu juga. Logo yang memenangi pertandingan ini akan menjadi hak milik persatuan. Persatuan berhak untuk mengubahsuai logo yang terpilih. Penyertaan dan kerjasama ahli persatuan amatlah dihargai.

2 ulasan:

  1. Hadiah wang tunai yang ditawarkan kurang lumayan. Diharap hadiah wang tunai bagi pemenang pertama dinaikkan kepada RM200.00 dan hadiah wang tunai bagi pemenang saguhati dinaikkan kepada RM50.00.

    BalasPadam
  2. Saya juga bersetuju dengan hadiah yang ditawarkan kurang lumayan.Di harap dapat di pertimbangkan semula sebelum Mesyuarat Agung akan datang.

    BalasPadam