Adalah dimaklumkan PPTI sedang dalam proses membangunkan Apps PPTI Online untuk kegunaan ahli PPTI. Untuk tujuan pengujian dan maklumbalas ahli PPTI boleh memuat turun Apps PPTI OnlineVersi 1.0 yang baru siap dibangunkan.
Sila klik di sini untuk muat turun Apps PPTI Online.
Sebarang komen dan maklumbalas boleh dikemukakan kepada admin.
Rabu, 25 Jun 2014
Isnin, 23 Jun 2014
Ceramah Perdana Menjelang Ramadhan 1435H
Surau Balai Islam Taman Ixora telah mengadakan Ceramah Perdana bagi persediaan menyambut Ramadhan 1435H seperti butiran berikut:
Tarikh : 27 Jun 2014 (Jumaat)
Tempat :Surau Balai Islam Taman Ixora
Masa : Selepas Maghrib
Tajuk Ceramah : Ramadhan Tetamu Agung
Penceramah : Ustaz Mohd Solahudin AlMubarak Bin Haji Alias (Pegawai JAWI Putrajaya)
Majlis ilmu ini sebagai ulangkaji kita menghadapi Ramadhan 1435H yang dijadualkan pada 29 Jun 2014 (Ahad).
Gotong Royong Membersih Surau Balai Islam Taman Ixora Bagi Persediaan Ramadhan
Surau Balai Islam Taman Ixora akan mengadakan program gotong-royong membersih surau pada butiran berikut:
Tarikh : 28 Jun 2014 (Sabtu)
Masa : 8.00 Pagi
Tempat : Surau Balai Islam Taman Ixora
Semua penduduk Taman Ixora dijemput sama bergotong-royong membersih surau kita bagi persediaan Ramadhan 1435H.
Tarikh : 28 Jun 2014 (Sabtu)
Masa : 8.00 Pagi
Tempat : Surau Balai Islam Taman Ixora
Semua penduduk Taman Ixora dijemput sama bergotong-royong membersih surau kita bagi persediaan Ramadhan 1435H.
Selamat Menjalani Ibadah Puasa 1435H
Persatuan Penduduk Taman Ixora, KRT Taman Ixora dan Surau Balai Islam Taman Ixora mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa 1435H kepada semua penduduk Taman Ixora. InsyaAllah 1 Ramadhan pada tahun ini jatuh pada 29 Jun 2014(Ahad).
Semoga amalan kita pada Ramadhan tahun ini lebih baik daripada tahun-tahun yang lalu. Ampun dan maaf juga dipohon sekiranya ada salah dan silap sepanjang kami mentadbir dan menguruskan organisasi yang ada di Taman Ixora ini.
Khamis, 29 Mei 2014
Ceramah Perdana Surau Balai Islam Taman Ixora - Israk dan Mikraj
Surau Balai Islam Taman Ixora telah menganjurkan Ceramah Perdana bertajuk Israk dan Mikraj pada butiran berikut:Tarikh : 30 Mei 2014 (Jumaat)
Masa : Selepas Solat Maghrib
Tempat : Surau Balai Islam Taman Ixora
Penceramah : Ustaz Shaharuddin Bin Pangilun (Pensyarah KUIS)

Alhamdulillah ceramah ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari penduduk Taman Ixora dan penduduk sekitar Bandar Baru Salak Tinggi.
Rabu, 28 Mei 2014
Car Boot Sale Taman Ixora - Kali Kedua
Tarikh : 31 Mei 2014 (Sabtu)
Masa : 8.00 Pagi hingga 12.00 Tengahari
Tempat : Jalan Laluan Masuk (2) Taman Ixora
Diantara barangan yang akan diniagakan adalah barangan terpakai, mainan, pakaian terpakai dan selainnya. Sedikit bayaran telah dikenakan kepada peserta iaitu RM10 untuk ahli PPTI dan RM15 bukan ahli PPTI.
Sila klik di sini untuk melihat gambar.
Selasa, 20 Mei 2014
Perlawanan Bola Sepak Persahabatan Taman Ixora vs Taman Bunga Raya
Penduduk Taman Ixora telah mengadakan perlawanan bola sepak persahabatan dengan Taman Bunga Raya pada butiran berikut:
Tarikh : 19 Mei 2014 (Isnin)
Tempat : Stadium Mini BBST
Masa : 9.30 malam
Keputusan : Bunga Raya 4 - Ixora 2
Langgan:
Catatan (Atom)





