Sabtu, 18 Julai 2015

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1436H/ 2015M, Maaf Zahir dan Batin.


Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua penduduk Taman Ixora daripada kami.

Sabtu, 11 Julai 2015

Majlis Berbuka Puasa Penduduk Taman Ixora Bersama Anak Yatim dan Ibu Tunggal

Majlis berbuka puasa penduduk Taman Ixora bersama anak yatim dan ibu tunggal dari Pusat Jagaan Baitussakinah Kota Warisan telah diadakan pada 10 Julai 2015 (Jumaat). Alhamdulillah kehadiran penduduk Ixora menggalakkan. Insha Allah jika diizinkan kita akan adakan lagi pada tahun hadapan.




Jumaat, 10 Julai 2015

Majlis Khatam Al Quran Surau Balai Islam Taman Ixora

Majlis khatam al quran telah diadakan pada 9 Julai 2015 (Khamis) malam di Surau Balai Islam Taman Ixora.


Rabu, 8 Julai 2015

Taklimat dan Survei Pemasangan Menara Azan/ Telekomunikasi di Surau Ixora


Sesi taklimat dan survei pemasangan menara azan/telekomunikasi yang telah diadakan di surau Ixora pada 7 Julai 2015 selepas terawih. Berikut adalah beberapa fakta mengenai cadangan berkenaan:
1. Ketinggian menara adalah 30 meter
2. Keluasan tapak binaan adalah 5 meter x 5 meter
3. Tempoh pembinaan adalah 3 bulan termasuk survei, kerja-kerja tanah dan pemasangan menara
4. Kos pembinaan adalah RM250,000 akan ditanggung oleh syarikat Omnix
5. Menara berkenaan akan disewakan kepada pihak TELCO (UMobile, MAXIS, DIGI atau CELCOM)
6. Syarikat Omnix akan membayar kos sewaan tapak menara sebanyak RM2,000 sebulan terus bank in ke akaun Surau Balai Islam Taman Ixora
7. Tempoh perjanjian sewaan adalah 8 tahun + 7 tahun
8. Kadar radiasi adalah minima dan mendapat kelulusan dan seliaan SKMM

Pada malam itu, sebanyak 40 borang survei telah berjaya dikumpulkan dan semua responden menyatakan 'BERSETUJU' dengan cadangan pembinaan menara berkenaan.
Turut disertakan contoh pemasangan menara berkenaan di salah sebuah surau di Sungai Ramal, Kajang untuj rujukan penduduk.

Semoga urusan ini dipermudahkan oleh Allah SWT dan sedikit sebanyak dapat menampung kos operasi dan penyenggaraan surau termasuk membiayai program kuliah dan majlis ilmu di surau.

Selasa, 9 Jun 2015

Selamat Menyambut Ramadhan 1436H (2015M)

Jawatankuasa Persatuan Penduduk Taman Ixora, Surau Balai Islam Taman Ixora dan Kawasan Rukun Tetangga Taman Ixora mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyambut Ramadhan 1436H dan selamat berpuasa kepada semua penduduk Taman Ixora. Semoga amalan kita pada Ramadhan tahun ini adalah yang terbaik. InsyaAllah kita akan mula berpuasa pada 18 Jun 2015 (Khamis).

Ahad, 7 Jun 2015

Car Boot Sales Taman Ixora Bil 2/2015

Persatuan Penduduk Taman Ixora dengan kerjasama Surau Balai Islam Taman Ixora telah mengadakan Car Boot Sales seperti butiran berikut:

Tarikh : 6 Jun 2015 (Sabtu)
Masa : 8.00 Pagi hingga 11.00 Pagi
Tempat : Laluan masuk Taman Ixora




 

Selasa, 2 Jun 2015

Kem Permata Soleh Anjuran Taman Ixora

Persatuan Penduduk Taman Ixora dengan kerjasama Surau Balai Islam Taman Ixora dan Kawasan Rukun Tetangga Taman Ixora telah mengadakan program Kem Permata Soleh seperti butiran berikut:

Tarikh : 1 hingga 4 Jun 2015
Tempat : Surau Balai Islam Taman Ixora
Masa : 8.00 Pagi hingga 5.00 Petang

Alhamdulillah program ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari anak-anak Taman Ixora dan taman berhampiran. InsyaAllah program ini akan dianjurkan lagi pada masa hadapan.