Ahad, 4 Mac 2012

Mesyuarat Agung PPTI Kali Ke-5


Mesyuarat Agung Persatuan Penduduk Taman Ixora Kali Ke-5 telah diadakan pada butiran berikut:

Tarikh : 4 Mac 2012 (Ahad)
Masa : 9.00 Pagi
Tempat : Dewan Kuliah Masjid Sultan Hisamudin BBST

Diantara agenda mesyuarat:
- Perutusan Pengerusi PPTI Sesi 2010/2011
- Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat PPTI Kali Ke-4
- Pembentangan Laporan Aktiviti PPTI Tahun 2011
- Pembentangan Laporan Kewangan PPTI Sehingga 31 Disember 2011
- Pembubaran AJK PPTI Sesi 2010-2011
- Pelantikan AJK PPTI Sesi 2012-2013
- Perutusan Pengerusi Sesi 2012-2013
- Pembentangan Cadangan Usul
- Bersurai

Seramai 42 orang ahli PPTI telah hadir ke mesyuarat berkenaan.

Berikut adalah senarai AJK PPTI Sesi 2012/2013 yang telah dilantik:

Pengerusi : Dr. Hj. Mohd Noor Bin Hj. Said
Timbalan Pengerusi : Dr. Hj. Azman Bin Hj. Mohd Noor
Setiausaha : Mohd Hasiady Bin Yasin
Penolong Setiausaha : Mohd Salihin Bin Jelani
Bendahari : Ustaz Mohd Zulrushdi Bin Salleh
AJK :
1. Ahmad Kamil Bin Zailani
2. Mohamad Nor Bin Ismail
3. Mohamed Iqbal Bin S.M. Ariff
4. Mohd Zulkarnain Ahmad Bin Kharman Shah
5. Hj. Amirudean Bin Zid
6. Salleh Bin Sufian
7. Ahmad Zaha Bin Mohamad Halit
8. Baharuddin Bin Kamaluddin
9. Hjh. Noraini Bt Saadun
10. Prof. Dr. Mohd Ekhwan Bin Hj Toriman
11. Mohd Anuar Bin Asmuni

Pemeriksa Kira-kira:
1. Abd. Rashid Bin Abd. Malek
2. Muhamad Faisal Bin Omar

Persatuan Penduduk Taman Ixora mengucapkan tahniah kepada AJK yang baru dilantik. Selamat Menjalankan Tugas. PPTI juga mengucapkan syabas dan tahniah kepada AJK Sesi 2010/2011 yang telah melaksanakan tugas dengan jayanya. Jasa baik dan khidmat bakti tuan/puan amatlah dihargai.

Sila klik di sini untuk melihat gambar.

Sabtu, 3 Mac 2012

Progres Pembinaan Surau Balai Islam Taman Ixora Sehingga 3 Mac 2012


Status semasa : Kerja-kerja meratakan jalan masuk dan tempat letak kereta serta pembinaan tangga ke surau.

Sila klik di sini untuk melihat gambar.

Sabtu, 25 Februari 2012

Ceramah Maulidur Rasul 1433H Anjuran Taman Ixora

Kawasan Rukun Tetangga Taman Ixora dan Persatuan Penduduk Taman Ixora telah menganjurkan program ceramah Maulidur Rasul pada butiran berikut:

Tarikh : 25 Februari 2012 (Sabtu)
Masa : 9.00 Malam
Tempat : Dataran Serbaguna Taman Ixora
Penceramah : Ustaz Tengku Saipulizan (Pensyarah MIAT)
Tajuk : Persefahaman Asas Perpaduan Ummah

Alhamdulillah program yang dianjurkan ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk Taman Ixora. Semoga penghayatan Maulidur Rasul dikalangan penduduk Taman Ixora bertambah kuat.

Kos penganjuran program RM1,600:
- Banner RM100
- Persembahan Nasyid RM200
- Penceramah RM300
- Sewaan Khemah RM300
- Jamuan RM700

Sila klik di sini untuk melihat gambar.

Pemasangan Papan Tanda KRT Taman Ixora

Pada 23 Februari 2012 (Khamis), papan tanda Kawasan Rukun Tetangga Taman Ixora telah dipasang di laluan masuk ke Taman Ixora. Bajet untuk memasang papan tanda ini menggunakan duit peruntukan KRT telah diluluskan oleh Jawatankuasa KRT Taman Ixora semasa mesyuarat Jawatankuasa Bil 1/2012 bertarikh 12 Februari 2012. Kos untuk membuat papan tanda berkenaan adalah RM650.00.

Tujuan papan tanda ini dipasang adalah sebagai hebahan kepada penduduk Taman Ixora dan penduduk sekitar akan kewujudan Kawasan Rukun Tetangga di Taman Ixora.

Selasa, 21 Februari 2012

Surat Kelulusan Pungutan Derma Khairat Surau Balai Islam Taman Ixora oleh MAIS

Majlis Agama Islam Negeri Selangor telah memberikan kelulusan kepada Jawatankuasa Surau Balai Islam Taman Ixora untuk membuat kutipan derma khairat pembinaan Surau Balai Islam Taman Ixora bagi tempoh enam(6) bulan mulai daripada 10 Februari 2012 hingga 9 Ogos 2012.

Sila klik di sini untuk muat turun surat berkenaan.

Ahad, 5 Februari 2012

Yuran PPTI Tahun 2012

Semua ahli Persatuan Penduduk Taman Ixora hendaklah menjelaskan yuran keahlian tahun 2012 sebelum 1 Mac 2012. Ahli yang tidak menjelaskan yuran PPTI bagi tempoh tiga tahun berturut-turut secara automatik telah digugurkan daripada ahli PPTI mengikut Undang-Undang Tubuh PPTI.

Sila klik di sini untuk melihat penyata yuran keahlian PPTI sehingga 31 Januari 2012.

Progres Pembinaan Surau Balai Islam Taman Ixora Sehingga 4 Februari 2012



Status semasa : Kerja-kerja mengecat, plaster serambi, pemasangan lampu, tingkap dan laluan pejalan kaki ke tandas.


Sila klik di sini untuk melihat gambar.